Malaysia legislation
Section 82
Seksyen 82
(2)
Suatu jumlah wang yang, melalui terma keluaran syer, menjadi kena dibayar atas pengumpukan atau pada apa-apa tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan sebagai suatu panggilan yang dibuat dengan sewajarnya dan kena dibayar pada tarikh yang melalui terma pengeluaran syer menjadi kena dibayar dan dalam hal tiada pembayaran, semua peruntukan yang berkaitan Akta ini mengenai pembayaran faedah dan perbelanjaan, pelucuthakan atau selainnya hendaklah terpakai seolah-olah jumlah wang itu menjadi kena dibayar menurut kuasa suatu panggilan yang dibuat dan diberitahu dengan sewajarnya.
(3)
Tertakluk pada perlembagaan syarikat—
(a)
tiada panggilan boleh melebihi satu per empat daripada harga keluaran syer atau menjadi kena dibayar pada tempoh kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh yang ditetapkan bagi pembayaran panggilan dahulu yang terakhir; dan
(b)
setiap anggota hendaklah, tertakluk pada penerimaan notis sekurang-kurangnya empat belas hari yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pembayaran, membayar kepada syarikat itu amaun yang dipanggil atas syernya.
124 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
(4)
Sesuatu panggilan boleh disifatkan telah dibuat semasa ketetapan pengarah yang membenarkan panggilan itu diluluskan dan ketetapan itu boleh membenarkan panggilan itu dibayar secara ansuran.
(5)
Pemegang bersama syer hendaklah secara bersesama dan berasingan bertanggungan untuk membayar semua panggilan berkenaan dengan syer mereka.
(6)
Jika sesuatu jumlah wang dipanggil berkenaan dengan syer tidak dibayar sebelum atau pada hari yang ditetapkan bagi pembayaran jumlah wang itu, orang yang daripadanya jumlah wang itu menjadi kena dibayar tidak dikehendaki untuk membayar apa-apa faedah atau pampasan atas jumlah wang itu melainkan jika dinyatakan dalam perlembagaan syarikat.
(7)
Bagi maksud subseksyen (6), kadar yang dinyatakan dalam perlembagaan tidak boleh melebihi lapan peratus setahun dari hari yang ditetapkan bagi pembayaran jumlah itu sehingga masa pembayaran sebenar sebagaimana yang ditentukan oleh pengarah.
(8)
Pengarah boleh menepikan pembayaran faedah yang kena dibayar secara keseluruhan atau sebahagiannya daripada orang yang disebut dalam subseksyen (6).
(9)
Sesuatu panggilan boleh dibatalkan atau ditangguhkan sebagaimana yang ditentukan oleh pengarah.
Pelucuthakan syer