Malaysia legislation

Section 86

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 86

(2)

Pemegang saham boleh memindahkan syer atau mana-mana bahagian syer mengikut cara yang sama sebagaimana pemindahmilikan syer yang daripadanya saham itu terbit yang mungkin, sebelum penukaran itu, telah dipindah milik atau dipindah milik mengikut cara yang paling hampir dengan hal keadaan yang membenarkan.

(3)

Pengarah boleh menetapkan amaun minimum saham yang boleh dipindah milik dan boleh menyekat atau melarang pemindahmilikan pecahan daripada amaun minimum itu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, apa-apa sebutan dalam Akta ini yang terpakai bagi syer berbayar hendaklah terpakai bagi saham, dan perkataan “syer” dan “pemegang syer” hendaklah masing-masing termasuk “saham” dan “pemegang saham”.

Syarikat 129

Hak dan keistimewaan pemegang saham