Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 8

(2)

Jika apa-apa harta yang dipegang sebagai amanah terdiri daripada atau termasuk syer yang seseorang mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia mempunyai suatu kepentingan dalam syer itu, dia hendaklah disifatkan sebagai mempunyai kepentingan itu.

(3)

Sesuatu hak tidaklah menjadi suatu kepentingan dalam syer jika—

(a)

hak itu diberikan atau ditawarkan kepada orang awam bagi langganan atau pembelian kepentingan di bawah

Akta Skim Kepentingan 2016;

(b)

orang awam dipelawa untuk melanggan atau membeli hak itu, dan hak itu telah dilanggan atau dibeli sedemikian;

(c)

hak itu dipegang oleh syarikat pengurusan dan diberikan bagi maksud suatu tawaran kepada orang awam di bawah Akta

Skim Kepentingan 2016; atau

(d)

hak itu ialah hak yang telah ditetapkan, selepas berunding dengan

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, sebagai bukan suatu kepentingan dalam syer.

(4)

Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam syer jika suatu pertubuhan perbadanan mempunyai kepentingan dalam syer dan—

(a)

pertubuhan perbadanan itu, atau pengarahnya lazimnya, atau berada di bawah suatu obligasi, sama ada secara rasmi atau

Syarikat 55

tidak rasmi, untuk bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan orang itu berhubung dengan syer itu;

(b)

orang itu mempunyai kepentingan yang mengawal dalam pertubuhan perbadanan itu; atau

(c)

orang itu atau sekutunya, atau orang itu dan sekutunya berhak untuk menjalankan atau mengawal penjalanan tidak kurang daripada dua puluh peratus undi yang terikat dengan syer mengundi dalam pertubuhan perbadanan itu.

(5)

Bagi maksud perenggan (4)(c), seseorang ialah sekutu seorang yang lain jika orang itu ialah—

(a)

suatu perbadanan yang merupakan perbadanan berkaitan;

(b)

seorang yang mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan orang lain itu yang lazimnya, atau berada di bawah suatu obligasi, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, untuk bertindak berhubung dengan syer yang disebut dalam subseksyen (4);

(c)

seorang yang lazimnya, atau berada di bawah suatu obligasi, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, untuk bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan orang lain itu berhubung dengan syer itu;

(d)

suatu pertubuhan perbadanan yang, atau pengarah yang, lazimnya atau berada di bawah suatu obligasi sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, untuk bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan orang lain itu berhubung dengan syer itu; atau

(e)

suatu pertubuhan perbadanan yang mengikut arahan, petunjuk atau kemahuan yang, atau pengarah yang, orang lain itu lazimnya atau berada di bawah suatu obligasi sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, untuk bertindak berhubung dengan syer itu.

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(6)

Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam syer dalam mana-mana satu atau lebih hal keadaan yang berikut jika dia—

(a)

telah membuat suatu kontrak untuk membeli sesuatu syer;

(b)

mempunyai hak, selain oleh sebab mempunyai kepentingan di bawah suatu amanah, supaya syer dipindahkan kepada dirinya atau menurut perintahnya, sama ada hak itu boleh dijalankan sekarang atau masa hadapan dan sama ada memenuhi syarat atau tidak;

(c)

mempunyai hak untuk memperoleh syer atau kepentingan dalam syer, di bawah suatu opsyen, sama ada hak itu boleh dijalankan sekarang atau masa hadapan dan sama ada memenuhi syarat atau tidak;

(d)

berhak, selain oleh sebab dia telah dilantik sebagai proksi atau wakil untuk mengundi pada mesyuarat anggota perbadanan atau kelas anggotanya, untuk menjalankan atau mengawal penjalanan hak yang terikat dengan syer, yang bukan merupakan syer yang dia merupakan pemegang berdaftarnya.

(7)

Seseorang hendaklah disifatkan mempunyai kepentingan dalam syer jika syer itu dipegang secara bersesama dengan seorang yang lain.

(8)

Bagi maksud menentukan sama ada seseorang mempunyai kepentingan dalam syer, tidak material bahawa kepentingan itu tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu syer tertentu.

(9)

Bagi maksud seksyen ini, sesuatu kepentingan dalam syer tidak boleh diambil kira sebagai suatu kepentingan jika kepentingan itu ialah—

(a)

suatu kepentingan bagi seseorang yang memegang syer sebagai pemegang amanah biasa;

(b)

suatu kepentingan bagi seseorang yang perniagaan biasanya termasuk peminjaman wang atau pemberian pembiayaan jika

Syarikat 57

dia memegang kepentingan hanya melalui cagaran bagi maksud suatu transaksi yang dibuat dalam urusan biasa perniagaannya yang berkaitan dengan peminjaman wang atau pemberian pembiayaan;

(c)

suatu kepentingan bagi seseorang yang memegang kepentingan oleh sebab dia memegang suatu jawatan yang ditetapkan; dan

(d)

suatu kepentingan yang ditetapkan yang menjadi kepentingan orang itu, atau orang yang termasuk dalam mana-mana golongan orang, sebagaimana yang ditetapkan.

(10)

Suatu kepentingan dalam syer tidak boleh tidak diambil kira hanya oleh sebab—

(a)

kejauhannya;

(b)

cara kepentingan itu dikeluarkan;

(c)

fakta bahawa penjalanan suatu hak yang diberikan oleh kepentingan itu adalah, atau boleh dijadikan tertakluk pada batasan atau sekatan; atau

(d)

fakta bahawa kepentingan itu dipegang oleh, atau atas nama, suatu depositori pusat atau syarikat penamanya di bawah Akta

Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 [Akta 453].