Malaysia legislation
Section 90
Seksyen 90
(a)
bahawa modal syer syarikat itu dibahagikan kepada kelas syer yang berlainan; dan
(b)
hak mengundi adalah terikat dengan syer dalam setiap kelas.
(2)
Jika suatu syarikat mempunyai suatu kelas syer yang pemegang tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat agung syarikat—
(a)
tajuk bagi perihalan syer dalam kelas itu hendaklah termasuk perkataan “tidak mengundi”; dan
(b)
syarikat hendaklah memastikan bahawa perkataan itu terdapat dengan jelas pada mana-mana perakuan syer, prospektus atau laporan pengarah yang dikeluarkan oleh syarikat itu.
(3)
Subseksyen (2) tidak terpakai bagi syer yang diperihalkan sebagai syer keutamaan.
(4)
Tiada syarikat boleh mengumpukkan apa-apa syer keutamaan atau menukarkan mana-mana syer keluaran kepada syer keutamaan melainkan jika diperuntukkan oleh perlembagaan dan perlembagaan hendaklah menyatakan hak pemegang syer berkenaan dengan pembayaran balik modal, penyertaan dalam aset lebihan dan keuntungan, dividen terkumpul atau tidak terkumpul, pengundian dan keutamaan pembayaran modal dan dividen berhubung dengan syer lain atau kelas syer keutamaan lain.
(5)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
Pengubahan hak kelas