Malaysia legislation

Section 91

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 91

(a)

mengikut perlembagaan bagi pengubahan hak itu; atau

Syarikat 131

(b)

jika tiada peruntukan sedemikian, dengan persetujuan pemegang syer dalam kelas itu yang diberikan mengikut seksyen ini.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(b), persetujuan pemegang syer yang dikehendaki bagi maksud seksyen ini hendaklah—

(a)

persetujuan bertulis yang mewakili tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus jumlah hak mengundi pemegang syer dalam kelas itu; atau

(b)

ketetapan khas yang diluluskan oleh pemegang syer dalam kelas yang membenarkan pengubahan itu.

(3)

Pengubahan hak kelas mula berkuat kuasa—

(a)

jika tiada permohonan dibuat di bawah seksyen 93 baginya untuk tidak dibenarkan, apabila habis tempoh yang dalamnya permohonan boleh dibuat di bawah seksyen itu; atau

(b)

jika permohonan dibuat dalam tempoh itu, pada masa penentuan muktamad permohonan itu, melainkan jika pengubahan itu tidak dibenarkan.

(4)

Jika permohonan ditarik balik sebelum habis tempoh yang disebut dalam subseksyen 93(2), pengubahan itu hendaklah hanya berkuat kuasa apabila tempoh itu habis.

(5)

Pengeluaran oleh sesuatu syarikat bagi syer keutamaan yang berperingkat sama rata dengan syer keutamaan yang sedia ada yang dikeluarkan oleh syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai pengubahan hak yang terikat dengan syer bagi syer keutamaan yang sedia ada melainkan jika pengeluaran syer keutamaan itu dibenarkan oleh terma pengeluaran syer keutamaan yang sedia ada atau oleh perlembagaan syarikat yang berkuat kuasa pada masa syer keutamaan yang sedia ada itu dikeluarkan.

132 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

Memberitahu pemegang syer tentang pengubahan

Section 91 — COMPANIES ACT 2016 | mylaw.my