Malaysia legislation

Section 93

of *AKTA SYARIKAT 2016

Seksyen 93

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah dibuat dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pengubahan itu dibuat; dan

(b)

boleh dibuat bagi pihak pemegang syer yang mewakili sekurang-kurangnya sepuluh peratus jumlah hak mengundi dalam kelas itu oleh mana-mana pemegang syer yang dilantik secara bertulis oleh semua pemegang syer dalam kelas itu.

(3)

Mahkamah hendaklah, selepas mendengar permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), membuat perintah yang berikut:

(a)

jika Mahkamah berpuas hati bahawa pengubahan itu akan memudaratkan secara tidak adil pemegang syer yang diwakili oleh pemohon itu, tidak membenarkan pengubahan itu; atau

(b)

jika Mahkamah berpuas hati bahawa pengubahan itu tidak akan memudaratkan secara tidak adil pemegang syer, mengesahkan pengubahan itu.

Syarikat 133

Penghantarserahan perintah Mahkamah kepada Pendaftar