Malaysia legislation
Section 98
Seksyen 98
(a)
nama syarikat itu;
(b)
kelas syer yang dipegang oleh orang itu; dan
(c)
bilangan syer yang dipegang oleh orang itu.
Syarikat 135
(2)
Walau apa pun seksyen 104, jika suatu perakuan syer telah dikeluarkan, pemindahmilikan syer yang berkaitan dengan syer itu tidak boleh didaftarkan oleh syarikat melainkan jika borang bagi pemindahmilikan disertakan dengan perakuan syer yang berhubungan dengan syer itu atau dengan keterangan mengenai kehilangan atau kerosakannya dan, jika dikehendaki, apa-apa amaun sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 104.
(3)
Tertakluk pada subseksyen (1), jika syer yang berhubung dengan perakuan syer itu hendak dipindah milik dan perakuan syer itu dihantar kepada syarikat untuk membolehkan pendaftaran pemindahmilikan dibuat, perakuan syer itu hendaklah dibatalkan dan tiada perakuan syer selanjutnya boleh dikeluarkan kecuali atas permintaan penerima pindahan.
(4)
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Penghantarserahan perakuan syer