Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 11

Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah—

(a)

orang berkelayakan sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Profesion Undang-Undang 1976; atau

(b)

mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan dalam perkara komersial atau syarikat.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Suruhanjaya.

(4)

Menteri boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua

Pegawai Eksekutif sebagaimana yang perlu dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian.

(5)

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pegawai Eksekutif dan boleh melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ini.

(6)

Menteri boleh melantik mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (4) atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk bertindak sebagai pemangku Ketua

Pegawai Eksekutif bagi tempoh apabila—

(a)

jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong; atau

(b)

Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Mesyuarat

Section 11 — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001