Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 15

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 17

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Mana-mana anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota

Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“anggota keluarga”, berhubung dengan seseorang anggota

Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa, termasuklah—

(i)

suami atau isterinya;

(ii)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

(iii)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

(iv)

adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan

(v)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan

(b)

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota

Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa, ertinya—

(i)

mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(ii)

mana-mana firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

(iii)

pekongsi anggota itu;

(iv)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seseorang anggota keluarganya menjadi benefisiarinya; atau

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 19

(v)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta

Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya menjadi pengarahnya atau mempunyai kepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainya tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah modal diterbitkan perbadanan itu.

Minit

Section 15 — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001