Malaysia legislation

Section 20A

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 20A

(2)

Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan

Pendaftar, Penolong Pendaftar atau pekerja lain, daripada kalangan orang dalam penggajian Suruhanjaya, bagi pelaksanaan yang sepatutnya undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atas terma dan syarat yang ditentukannya dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian.

(3)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Pendaftar dan apa-apa sekatan dan batasan yang ditetapkan, apa-apa jua oleh Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang dilantik atau dibenarkan atau dikehendaki untuk dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana

Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar dan adalah sah dan berkesan seolah-olah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 25

Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman akan meterai, dsb. Pendaftar, dsb.

Section 20A — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001