Malaysia legislation

Section 20E

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 20E

(a)

dia tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 27

(b)

dia tidak mematuhi atau melaksanakan apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20C; atau

(c)

dia tidak mematuhi atau melaksanakan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah seksyen 20C.

(2)

Jika seseorang itu telah melakukan suatu pelanggaran dan

Suruhanjaya atau Pendaftar berpuas hati bahawa adalah sesuai dalam semua hal keadaan untuk mengambil tindakan terhadap orang itu,

Suruhanjaya atau Pendaftar boleh mengambil mana-mana satu atau lebih tindakan yang berikut:

(a)

mengarahkan orang itu untuk mematuhi atau melaksanakan peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, garis panduan, nota amalan, notis, pekeliling, syarat atau sekatan itu;

(b)

mengenakan penalti pentadbiran, yang sepadan dengan seriusnya atau beratnya pelanggaran itu, tetapi dalam apa jua keadaan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit;

(c)

mencela orang itu; atau

(d)

mengarahkan orang itu untuk mengambil langkah yang perlu untuk meremedi pelanggaran itu atau mengurangkan kesan pelanggaran itu, termasuklah membuat restitusi kepada mana-mana orang yang terkilan oleh pelanggaran itu.

(3)

Suruhanjaya atau Pendaftar hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada orang yang telah melakukan pelanggaran tentang niatnya untuk mengambil tindakan di bawah subseksyen (2) dan hendaklah memberi orang itu peluang untuk didengari.

(4)

Jika orang itu tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh

Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah perenggan (2)(a) dan (d),

Suruhanjaya atau Pendaftar boleh memohon kepada Mahkamah bagi satu atau lebih perintah yang berikut:

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(a)

suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh Pendaftar;

(b)

suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk membayar apa-apa kos yang ditanggung oleh Pendaftar atau mana-mana orang lain disebabkan oleh ketidakpatuhan arahan yang diberikan oleh Pendaftar, yang timbul daripada ketidakpatuhan arahan itu; atau

(c)

apa-apa perintah lain yang difikirkan sesuai oleh

Mahkamah.

(5)

Jika seseorang tidak membayar penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar di bawah perenggan (2)(b), penalti pentadbiran yang dikenakan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar itu boleh didapatkan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Bagi maksud perenggan (2)(d), dalam menentukan sama ada atau tidak restitusi kena dibuat oleh orang itu, Suruhanjaya atau

Pendaftar hendaklah memberi perhatian kepada—

(a)

keuntungan yang telah terakru kepada orang itu; atau

(b)

sama ada satu atau lebih orang telah mengalami kerugian atau selainnya terjejas akibat daripada pelanggaran itu.

(7)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan perjalanan mana-mana seksyen yang mengenakan hukuman ke atas mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kegagalan di bawah subseksyen (1), mahupun apa-apa kuasa yang Suruhanjaya, Pendaftar, mana-mana orang lain atau Mahkamah ada di bawah Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 29