Malaysia legislation

Section 20G

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 20G

Permohonan bagi pemberian dan pembaharuan lesen

(a)

dalam bentuk dan cara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya;

dan

(b)

dalam hal pembaharuan lesen, dibuat tidak lewat daripada tiga puluh hari, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya, sebelum habis tempoh lesen itu.

(2)

Suruhanjaya boleh menghendaki pemohon untuk mengemukakan maklumat atau dokumen yang difikirkan perlu oleh

Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.

(3)

Permohonan bagi pemberian atau pembaharuan lesen hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan yang hendaklah dibayar mengikut cara yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

(4)

Suruhanjaya boleh memberikan atau membaharui lesen itu jika

Suruhanjaya berpendapat bahawa pemohon ialah seorang yang layak dan sesuai untuk memegang lesen itu, selepas mempertimbangkan yang berikut:

(a)

peribadi, kelayakan dan pengalaman pemohon;

(b)

kepentingan awam; dan 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(c)

sama ada pemohon sebelum ini telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(5)

Tiap-tiap lesen yang diberikan atau diperbaharui di bawah seksyen ini adalah sah bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pengeluaran atau pembaharuan lesen itu melainkan jika—

(a)

dinyatakan selainnya oleh Suruhanjaya; atau

(b)

terlebih dahulu dibatalkan oleh Suruhanjaya.

Penggantungan lesen

Section 20G — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001