Malaysia legislation
Section 20J
Seksyen 20J
Suruhanjaya Syarikat Malaysia 31
(2)
Penyerahan lesen tidak boleh berkuat kuasa sehingga
Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk memenuhi semua liabiliti dan obligasi orang yang dilesenkan itu yang masih belum diselesaikan pada masa notis penyerahan itu diberikan oleh orang yang dilesenkan itu.
(3)
Penyerahan lesen yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh berfungsi untuk mengelak atau menjejaskan apa-apa liabiliti atau obligasi yang timbul daripada apa-apa perjanjian, kontrak, transaksi atau perkiraan yang berhubungan dengan perkhidmatan atau aktiviti yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan itu oleh sebab pemegangan lesen itu.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 614