Malaysia legislation
Section 27B
Seksyen 27B
Kuasa untuk menghendaki maklumat
(a)
mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
atau
(b)
berupaya untuk memberikan apa-apa keterangan yang
Pendaftar mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu adalah berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Pendaftar di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(2)
Perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang itu—
(a)
untuk memberi Pendaftar apa-apa maklumat itu;
(b)
untuk mengemukakan kepada Pendaftar apa-apa dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 614
(c)
untuk membuat salinan apa-apa dokumen itu dan untuk mengemukakan salinan itu kepada Pendaftar;
(d)
jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik;
(e)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan seorang pegawai yang berwibawa daripada pertubuhan perbadanan atau badan awam itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik; atau
(f)
jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja perkongsian itu untuk hadir, pada suatu pendengaran tertutup, di hadapan
Pendaftar pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau dalam perantara elektronik.
(3)
Seseorang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) hendaklah—
(a)
memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki dalam masa yang dinyatakan dalam perintah atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar; dan
(b)
memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi bagi maksud itu,
Suruhanjaya Syarikat Malaysia 37
termasuklah suatu representasi bahawa dia tidak mengetahui tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
(4)
Seseorang yang tidak mematuhi perintah Pendaftar di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan