Malaysia legislation
Section 27D
Seksyen 27D
Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan, berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20C, jika terdapat sebab untuk mengesyaki bahawa—
(a)
suatu kesalahan atau pelanggaran telah dilakukan;
(b)
terdapat percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau pelanggaran; atau
(c)
terdapat komplot untuk melakukan suatu kesalahan atau pelanggaran, berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama, atau pelanggaran apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20C.
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran