Malaysia legislation
Section 27H
Seksyen 27H
(2)
Pendaftar mahupun Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pendaftar tidak bertanggungjawab kepada apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu telah dibuat dengan niat baik.
(3)
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh Pendaftar yang membuat pelepasan mana-mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda di bawah subseksyen (1)
yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis Negara dalam masa tujuh hari dari pelepasan itu.
Kos atau ganti rugi yang timbul daripada penyitaan tidak boleh didapatkan balik