Malaysia legislation

Section 27J

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 27J

Penyerahan dokumen perjalanan

(2)

Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1)

disampaikan hendaklah mematuhi notis itu dengan serta-merta, jika gagal berbuat demikian, dia boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan

Majistret.

(3)

Jika seseorang dibawa ke hadapan Majistret di bawah subseksyen (2), Majistret itu hendaklah, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati

Majistret bahawa dia tidak memiliki dokumen perjalanan, dengan waran memasukkannya ke penjara—

(a)

sehingga tamat tempoh empat belas hari dari tarikh pengkomitannya; atau

(b)

sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.

(4)

Bagi maksud subseksyen

(3)

, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu telah mematuhi notis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi waran yang mencukupi untuk Penguasa Penjara melepaskan orang itu.

(5)

Pendaftar boleh melalui notis yang dikeluarkan kepada mana-mana pegawai imigresen, meminta agar mana-mana orang yang menjadi subjek atau berkaitan dengan penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam

Section 27J — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001