Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA 2001

Seksyen 9

Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong—

(a)

jika dia mati;

(b)

jika dia telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada empat bulan;

(c)

jika dia menjadi bankrap;

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau

(e)

jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal

Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.

Saraan atau elaun

Section 9 — COMPANIES COMMISSION OF MALAYSIA ACT 2001