Malaysia legislation
Section 107
Seksyen 107
Rundingan penyelesaian
(2)
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam membuat penilaian Tribunal hendaklah mengambil kira apa-apa faktor yang, pada pendapat Tribunal, mungkin mencacatkan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk merundingkan penyelesaian yang dipersetujui.
(3)
Jika pihak-pihak mencapai penyelesaian yang dipersetujui,
Tribunal hendaklah bersetuju dan merekodkan penyelesaian itu dan penyelesaian itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian itu adalah award Tribunal.
(4)
Jika—
(a)
Tribunal mendapati bahawa tidaklah wajar untuknya membantu pihak-pihak merundingkan penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu; atau
(b)
pihak-pihak tidak dapat mencapai penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu,
Tribunal hendaklah memutuskan pertikaian itu.
Hak untuk hadir pada pendengaran