Malaysia legislation
Section 124
Seksyen 124
Seseorang Penolong Pengawal semasa bertindak di bawah
Akta ini hendaklah apabila diminta menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak itu atau yang daripadanya dia meminta apa-apa maklumat apa-apa kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Pengawal supaya dibawa oleh pegawai itu.
Kuasa Penolong Pengawal untuk menghendaki maklumat diberi 124a. (1) Seksyen ini terpakai bagi seseorang jika Penolong Pengawal, dalam menjalankan penyiasatan di bawah Bahagian ini, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu—
(a)
mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi
Penolong Pengawal di bawah Akta ini; atau
(b)
berupaya memberikan apa-apa keterangan yang
Penolong Pengawal mempunyai sebab untuk mempercayai adalah berkaitan dengan pelaksanaan kuasa dan fungsi
Penolong Pengawal di bawah Akta ini.
(2)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Penolong Pengawal, dengan notis bertulis, boleh mengarahkan mana-mana orang—
(a)
supaya memberi Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa maklumat yang disebut dalam subseksyen (1);
(b)
supaya mengemukakan kepada Penolong Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;
(c)
supaya membuat salinan, atau cabutan daripada, apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) dan untuk mengemukakan salinan atau cabutan dokumen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Penolong Pengawal dalam tempoh dan mengikut cara yang dinyatakan dalam notis itu;
WJW21/1045 Akta 599.indd 120 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 121
(d)
jika orang itu seorang individu, untuk hadir di hadapan
Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;
(e)
jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, untuk menyebabkan pegawai yang berkaitan dan berwibawa bagi pertubuhan perbadanan itu untuk hadir di hadapan
Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik;
(f)
jika orang itu suatu perkongsian, untuk menyebabkan individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau pekerja perkongsian itu untuk hadir di hadapan Penolong Pengawal pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dalam bentuk fizikal atau media elektronik; atau
(g)
supaya membuat suatu pernyataan kepada Penolong Pengawal dengan memberikan suatu penjelasan mengenai apa-apa maklumat atau dokumen yang disebut dalam subseksyen
(1)
dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu.
(3)
Jika Penolong Pengawal mengarahkan mana-mana orang supaya mengemukakan apa-apa dokumen di bawah subseksyen (2)
dan orang itu tidak mempunyai jagaan ke atas dokumen itu, orang itu hendaklah—
(a)
menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana dokumen itu boleh dijumpai; dan
WJW21/1045 Akta 599.indd 121 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 122
Akta 599
(b)
mengenal pasti, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, orang terakhir yang mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dan menyatakan, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, di mana orang terakhir yang disebut itu boleh dijumpai.
(4)
Mana-mana orang yang diarahkan supaya memberikan maklumat atau dokumen di bawah subseksyen (2) hendaklah memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan itu adalah benar, tepat dan lengkap dan orang itu hendaklah memberikan representasi yang nyata yang bermaksud sedemikian, termasuk suatu perisytiharan bahawa dia tidak mengetahui mengenai apa-apa maklumat atau dokumen lain yang boleh menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.
(5)
Mana-mana orang yang enggan atau gagal mematuhi arahan yang dibuat oleh Penolong Pengawal di bawah subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan.
Penolong Pengawal boleh memegang simpan dokumen 124b. (1) Seseorang Penolong Pengawal boleh mengambil dan memegang simpan, selama tempoh yang perlu, milikan mana-mana dokumen yang diperoleh di bawah Bahagian ini.
(2)
Orang yang memberikan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) berhak untuk dibekalkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, suatu salinan yang diperakui oleh
Penolong Pengawal sebagai suatu salinan benar dokumen itu.
(3)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, salinan diperakui bagi dokumen itu boleh diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah dokumen asal.
(4)
Jika Penolong Pengawal berpuas hati bahawa dokumen itu tidak lagi perlu dipegang simpan, Penolong Pengawal boleh mengembalikan dokumen itu kepada orang yang memberikan dokumen itu, dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
WJW21/1045 Akta 599.indd 122 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 123
Akses kepada rekod 124c. (1) Mana-mana orang hendaklah, jika pada bila-bila masa diarahkan oleh Penolong Pengawal, membenarkan Penolong Pengawal untuk mendapatkan akses kepada buku, rekod, dokumen, benda atau perkaranya bagi maksud menjalankan mana-mana fungsi atau kuasa Penolong Pengawal di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang gagal mematuhi arahan yang dibuat oleh Penolong Pengawal di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Kuasa untuk memasuki premis, dan memeriksa barang dan dokumen, dsb.