Malaysia legislation

Section 131

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 131

Pelucuthakan barang, dsb., yang disita

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah

Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengan barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu telah dijalankan dan suatu perintah bagi pelucuthakan barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

WJW21/1045 Akta 599.indd 128 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 129

(3)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang telah disita pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah

Akta ini, barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis di alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu disita yang menunjukkan bahawa tidak ada pendakwaan dibuat berkenaan dengan barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu, melainkan jika suatu tuntutan terhadapnya dibuat sebelum tarikh itu mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4),

(5)

dan (6).

(4)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberi sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada Penolong Pengawal yang dalam jagaannya barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu.

(5)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima,

Penolong Pengawal hendaklah merujukkan perkara itu kepada

Pengawal yang boleh mengarahkan supaya barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu dilepaskan atau dilucuthakkan, atau boleh mengarahkan Penolong Pengawal untuk merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret bagi mendapat keputusan.

(6)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu dan orang yang daripadanya barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu disita, hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengan sewajarnya telah dibuktikan, Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

WJW21/1045 Akta 599.indd 129 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 130

Akta 599

(7)

Apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang dilucuthakkan atau yang disifatkan dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada Penolong Pengawal dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengawal.

(8)

Jika apa-apa barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau mengikut tabiinya lekas rosak atau jika penjagaan barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu melibatkan belanja dan kesulitan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan gangguan dan merbahaya kepada umum, Pengawal boleh mengarahkan supaya barang, benda, buku, dokumen, rekod atau benda lain itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini.

Kos memegang barang, dsb., yang disita