Malaysia legislation
Section 134
Seksyen 134
Perlindungan pemberi maklumat
(2)
Jika apa-apa buku, dokumen, rekod atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua petikan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadam hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.
(3)
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan matan yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui siapa pemberi maklumat itu, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya, tentang pemberi maklumat itu.
Keterangan agent provocateur boleh diterima 134a. (1) Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada agent provocateur boleh dianggap sebagai tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau pensubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
WJW21/1045 Akta 599.indd 131 18/03/2022 6:41 PM
Undang-Undang Malaysia 132
Akta 599
(2)
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan walaupun agent provocateur itu ialah seorang Penolong Pengawal, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada agent provocateur itu oleh mana-mana orang yang selepas itu dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya.
Anggapan dan pemeriksaan berkenaan dengan sampel 134b. (1) Jika apa-apa barang yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta ini dijumpai di dalam dua atau lebih bungkusan atau bekas yang sama perihalannya, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa semua bungkusan atau bekas itu mengandungi barang yang sama jenis, kuantiti dan kualiti.
(2)
Jika bungkusan atau bekas mengandungi barang-barang yang melanggar peruntukan Akta ini atau yang selainnya boleh disita telahpun disita, adalah mencukupi untuk hanya membuka dan memeriksa satu peratus atau tidak kurang daripada lima sampel, mengikut mana-mana yang lebih kurang, daripada kandungan setiap bungkusan atau bekas yang disita itu.
(3)
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa baki sampel yang terkandung di dalam bungkusan atau bekas itu adalah sama jenis dengan sampel yang diperiksa.
Hadiah bagi maklumat