Malaysia legislation

Section 139

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 139

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghalang pendedahan maklumat jika—

(a)

pendedahan itu dibuat bagi atau berkaitan dengan pentadbiran wajar Akta ini;

(b)

pendedahan itu dibuat bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang;

(c)

pendedahan itu dibuat bagi maksud apa-apa penyiasatan yang dijalankan di bawah Akta ini;

(ca) pendedahan itu dibuat dengan persetujuan orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh;

(cb) pendedahan itu dibuat dalam hal keadaan maklumat yang diberikan itu dirangka dengan cara yang sebegitu rupa sehingga sumber maklumat itu tidak dapat dipastikan;

(cc)

maklumat itu telah sedia ada dalam domain awam;

(d)

pendedahan itu dibuat kepada mana-mana perunding kepada Kerajaan atau kepada mana-mana pegawai yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri sebagai orang yang patut menerima maklumat itu; atau

WJW21/1045 Akta 599.indd 136 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 137

(e)

pendedahan itu dibuat bagi atau berkaitan dengan penyediaan perangkaan oleh Kerajaan berkenaan dengan perjalanan

Akta ini.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “maklumat sulit” ertinya apa-apa maklumat perdagangan, perniagaan atau perindustrian yang dipunyai oleh mana-mana orang, dan yang mempunyai nilai ekonomi dan secara amnya tidak tersedia kepada atau diketahui oleh orang lain.