Malaysia legislation

Section 13

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 13

(a)

tidak berniat untuk menawarkan untuk dibekalkan; atau

(b)

tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dapat dibekalkan,

WJW21/1045 Akta 599.indd 28 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 29

pada harga itu bagi suatu tempoh yang, dan dalam kuantiti yang, munasabah dengan mengambil kira jenis pasaran yang dalamnya orang itu menjalankan perniagaan dan jenis iklan itu.

(2)

Dalam sesuatu pendakwaan bagi kegagalan untuk menawarkan barang atau perkhidmatan kepada pengguna mengikut subseksyen (1), adalah menjadi suatu pembelaan jika orang yang dipertuduh membuktikan bahawa—

(a)

dia menawarkan untuk membekalkan atau untuk mendapatkan orang lain untuk membekalkan, kepada pengguna itu, dalam masa yang munasabah, barang atau perkhidmatan daripada jenis yang diiklankan, dalam kuantiti yang munasabah dan pada harga yang diiklankan, dan jika tawaran itu disetuju terima oleh pengguna, bahawa orang itu telah membekalkan atau mendapatkan orang yang lain untuk membekalkan barang atau perkhidmatan itu;

atau

(b)

dia menawarkan untuk membekalkan kepada pengguna itu dengan segera, atau untuk mendapatkan orang lain untuk membekalkan kepada pengguna itu dalam masa yang munasabah, barang atau perkhidmatan yang setara, dalam kuantiti yang munasabah dan pada harga yang diiklankan, dan jika tawaran itu disetuju terima oleh pengguna, bahawa orang itu telah membekalkan atau mendapatkan orang lain untuk membekalkan barang atau perkhidmatan yang setara itu.

Pemberian, hadiah, tawaran percuma, dsb.