Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 19

(a)

apa-apa barang atau kelas barang; dan

(b)

apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhidmatan,

WJW21/1045 Akta 599.indd 33 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 599

dan boleh menetapkan standard keselamatan yang berlainan bagi barang atau perkhidmatan, atau kelas barang atau perkhidmatan yang berlainan.

(2)

Standard keselamatan yang berhubungan dengan barang boleh berkaitan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

prestasi, komposisi, kandungan, pembuatan, pemprosesan, reka bentuk, pembinaan, kemasan atau pembungkusan barang;

(b)

pengujian barang semasa atau selepas pembuatan atau pemprosesan;

(c)

bentuk dan kandungan tanda, amaran atau arahan untuk disertakan dengan barang itu.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh, atas syor

Pengawal dan selepas berunding dengan agensi berwibawa—

(a)

menerima pakai keseluruhan atau sebahagian standard keselamatan yang digunakan oleh agensi berwibawa itu;

atau

(b)

mendapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang yang berkaitan itu.

(4)

Jika tiada standard keselamatan telah ditetapkan di bawah subseksyen (1), orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan barang atau perkhidmatan hendaklah menerima pakai dan mematuhi standard keselamatan yang munasabah yang dijangkakan oleh pengguna yang munasabah, dengan mengambil kira jenis barang atau perkhidmatan yang berkenaan.

(5)

Dalam seksyen ini, “agensi berwibawa” ertinya mana-mana orang, badan atau pihak berkuasa yang telah menentukan atau mempunyai kepakaran untuk menentukan standard keselamatan bagi apa-apa barang atau perkhidmatan.

(6)

Bahagian ini tidaklah terpakai bagi barang jagaan kesihatan dan makanan.

WJW21/1045 Akta 599.indd 34 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 35

(7)

Bagi maksud Bahagian ini, “barang jagaan kesihatan”

ertinya apa-apa barang yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan, diadakan atau dimaksudkan untuk diadakan atau ditetapkan atau dimaksudkan untuk ditetapkan dalam pemberian perkhidmatan jagaan kesihatan.

Pematuhan standard keselamatan

Section 19 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my