Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 3

Akta 599

(a)

barang yang dipasang pada, atau digabungkan dalam, apa-apa harta tanah atau harta persendirian;

(b)

haiwan, termasuk ikan;

(c)

vesel dan kenderaan;

(d)

kemudahan; dan

(e)

pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanaman sama ada atau tidak di atas, di bawah atau terlekat pada tanah, tetapi tidaklah termasuk hak dalam tindakan, termasuk surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang;

“cagaran” termasuklah apa-apa gadaian atau bebanan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini, dan jika tiada cara disebut, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“harga” termasuklah balasan dalam apa-apa bentuk, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan termasuklah apa-apa balasan yang pada hakikatnya berhubung dengan pemerolehan atau pembekalan barang atau perkhidmatan walaupun kononnya yang berhubungan dengan apa-apa perkara atau benda lain;

“iklan” termasuklah tiap-tiap bentuk iklan, sama ada atau tidak disertakan dengan atau dikaitkan dengan perkataan yang diucapkan atau dituliskan atau tulisan atau bunyi lain dan sama ada atau tidak terkandung atau diterbitkan dalam suatu terbitan, dan termasuklah iklan—

(a)

dengan mempamerkan notis;

(b)

dengan menggunakan katalog, senarai harga, pekeliling, label, kad atau dokumen atau bahan lain;

WJW21/1045 Akta 599.indd 15 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 599

(c)

dengan pertunjukan filem atau gambar atau gambar foto;

atau

(d)

dengan menggunakan radio, televisyen, telekomunikasi atau apa-apa cara seumpamanya yang lain;

“kemudahan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana premis yang dalamnya seorang atau lebih daripada seorang orang awam menerima perkhidmatan jagaan kesihatan;

“Majlis” atau “Majlis Penasihat Pengguna Negara” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah seksyen 73;

“membekalkan” berhubung dengan—

(a)

barang, ertinya membekalkan atau membekalkan semula dengan cara penjualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli;

(b)

perkhidmatan, ertinya mengadakan, memberikan atau menganugerahkan;

“pembekal” ertinya seseorang yang, secara perdagangan—

(a)

membekalkan barang kepada pengguna dengan memindahkan pemunyaan atau milikan barang itu di bawah suatu kontrak jualan, pertukaran, pajakan, sewaan atau sewa beli yang kepadanya orang itu menjadi suatu pihak; atau

(b)

membekalkan perkhidmatan kepada pengguna, dan termasuklah—

(i)

jika hak pembekal telah dipindahkan melalui penyerahhakan atau melalui kuat kuasa undang-undang, orang yang pada masa itu berhak kepada hak itu;

(ii)

seorang pembiaya yang telah meminjamkan wang atas cagaran barang yang dibekalkan kepada pengguna, jika keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada harga barang itu akan dibayar daripada hasil pinjaman dan jika pinjaman itu telah diaturkan oleh seseorang yang, secara perdagangan, membekalkan barang itu;

WJW21/1045 Akta 599.indd 16 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 17

(iii)

seorang yang, secara perdagangan, menyerahhakkan atau memperoleh penyerahhakan barang kepada seseorang pembiaya untuk membolehkan pembiaya itu membekalkan barang itu, atau barang jenis itu, kepada pengguna; dan

(iv)

seorang yang, secara perdagangan, bertindak sebagai ejen bagi orang lain jika orang lain itu tidak membuat pembekalan secara perdagangan;

“pemerolehan” berhubung dengan—

(a)

barang, termasuklah perbuatan mendapatkan barang dengan cara pembelian, pertukaran atau yang diambil secara pajakan, sewaan atau sewa beli;

(b)

perkhidmatan, termasuklah perbuatan menyetujui terima suatu perkhidmatan dengan apa-apa cara, dan “memperoleh” dan “perolehan” hendaklah ditakrifkan dengan sewajarnya;

“Pengawal”, “Timbalan Pengawal” dan “Penolong Pengawal”

ertinya orang yang dilantik sebagai yang demikian di bawah seksyen 7;

“pengguna” ertinya seseorang yang—

(a)

memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau penggunaan diri, rumah tangga atau isi rumah; dan

(b)

tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, atau mengemukakan dirinya sebagai memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya bagi maksud—

(i)

membekalkannya semula secara perdagangan;

(ii)

menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan; atau

WJW21/1045 Akta 599.indd 17 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 599

(iii)

dalam hal barang, membaiki atau mengolah, secara perdagangan, barang lain atau lekapan pada tanah;

“pengilang” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan memasang, mengeluarkan atau memproses barang, dan termasuklah—

(a)

mana-mana orang yang mengemukakan dirinya kepada orang ramai sebagai pengilang barang itu;

(b)

mana-mana orang yang melekatkan jenama atau capnya, atau menyebabkan supaya atau membenarkan jenama atau capnya dilekatkan, pada barang itu; dan

(c)

jika barang itu dikilangkan di luar Malaysia dan pengilang asing barang itu tidak mempunyai tempat perniagaan biasa dalam Malaysia, seseorang yang mengimport atau mengedarkan barang itu;

“penyiaran” termasuklah iklan kepada orang ramai atau mana-mana orang ramai dengan apa-apa cara dan “menyiarkan”

hendaklah ditakrifkan dengan sewajarnya;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“perdagangan” ertinya apa-apa perdagangan, perniagaan, industri, profesion, pekerjaan, aktiviti komersial atau perusahaan yang berhubungan dengan pembekalan atau pemerolehan barang atau perkhidmatan;

“perkhidmatan” termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau kemudahan yang atau yang akan diadakan, diberikan atau dianugerahkan di bawah apa-apa kontrak tetapi tidaklah termasuk hak, faedah atau keistimewaan dalam bentuk pembekalan barang atau pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan;

“perkhidmatan jagaan kesihatan” termasuklah—

(a)

perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi, dan ambulans dan apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh profesional jagaan kesihatan;

WJW21/1045 Akta 599.indd 18 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 19

(b)

tempat tinggal bagi maksud apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan;

(c)

apa-apa perkhidmatan untuk memeriksa, mendiagnosis atau merawat orang yang menghidap atau dipercayai menghidap apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;

(d)

apa-apa perkhidmatan bagi maksud kesihatan pencegahan atau penggalakan;

(e)

apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana profesional separa jagaan kesihatan;

(f)

apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain; atau

(g)

apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan termasuk perkhidmatan perubatan pilihan dan tradisional;

“perniagaan” ertinya apa-apa perusahaan yang dijalankan sama ada atau tidak untuk keuntungan atau ganjaran dan yang dalam perjalanannya barang atau perkhidmatan diperoleh atau dibekalkan sama ada dengan bayaran atau selainnya;

“premis” ertinya mana-mana tempat, bangunan atau kenderaan, sama ada kekal atau sementara;

“profesional jagaan kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan berkaitan lain dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, farmaseutik, atau apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan lain;

“rekod” termasuklah buku akaun, buku bank, baucar, resit, surat-menyurat dan apa-apa dokumen lain tidak kira sama ada rekod itu atas kertas atau dalam bentuk elektronik, fotograf atau bentuk lain tetapi tidak termasuk rekod perubatan pesakit;

WJW21/1045 Akta 599.indd 19 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 599

“subsidiari” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan dalam *Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

“Tribunal” ertinya Tribunal Tuntutan Pengguna yang ditubuhkan di bawah seksyen 85.

(2)

Dalam Akta ini, sebutan tentang—

(a)

penglibatan dalam sesuatu perlakuan hendaklah dibaca sebagai sebutan tentang melakukan atau keengganan untuk melakukan sesuatu perbuatan, dan termasuklah—

(i)

meninggalkan sesuatu perbuatan; atau

(ii)

memaklumkan bahawa sesuatu perbuatan itu akan atau, tidak akan dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

pemerolehan barang termasuklah sebutan tentang pemerolehan harta dalam atau hak yang berhubungan dengan barang berikutan dengan pembekalan barang itu;

(c)

pembekalan atau pemerolehan barang atau perkhidmatan termasuklah sebutan tentang perjanjian untuk membekalkan atau memperoleh barang atau perkhidmatan;

(d)

pembekalan atau pemerolehan barang termasuklah sebutan tentang pembekalan atau pemerolehan barang bersama dengan barang atau perkhidmatan lain atau kedua-duanya;

(e)

pembekalan atau pemerolehan perkhidmatan termasuklah sebutan tentang pembekalan atau pemerolehan perkhidmatan bersama dengan barang atau perkhidmatan lain atau kedua-duanya;

(f)

pembekalan semula barang yang diperoleh daripada seseorang termasuklah sebutan tentang—

(i)

pembekalan barang kepada seseorang yang lain dalam bentuk atau keadaan yang diubah; dan

*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

WJW21/1045 Akta 599.indd 20 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 21

(ii)

pembekalan kepada orang lain barang lain yang dengannya barang yang diperoleh itu telah digabungkan.

(3)

Dalam Akta ini, jika perlu ditentukan masa sesuatu gerenti mula terpakai—

(a)

barang hendaklah dikira sebagai dibekalkan pada masa pengguna memperoleh hak untuk memiliki barang itu;

(b)

perkhidmatan hendaklah dikira sebagai dibekalkan pada masa perkhidmatan itu diadakan, diberikan atau dianugerahkan.

(4)

Bagi maksud Akta ini, sesuatu aku janji, penegasan atau representasi dengan apa-apa nama hendaklah disifatkan sebagai suatu gerenti nyata jika aku janji, penegasan atau representasi itu mempunyai kesan yang sama atau yang pada matannya sama sebagaimana suatu gerenti nyata.

Penyingkiran pilihan undang-undang

Section 3 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my