Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 41

(a)

jika kegagalan itu ialah kegagalan yang dapat dibetulkan, pengguna boleh menghendaki pembekal membetulkan kegagalan itu dalam masa yang munasabah mengikut seksyen 42; dan

WJW21/1045 Akta 599.indd 72 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 73

(b)

jika kegagalan itu ialah kegagalan yang tidak dapat dibetulkan atau bersifat substansial mengikut pengertian seksyen 44, pengguna boleh—

(i)

tertakluk pada seksyen 43, menolak barang itu mengikut seksyen 45; atau

(ii)

mendapatkan ganti rugi daripada pembekal sebagai pampasan bagi apa-apa penurunan nilai barang itu ke bawah harga yang telah dibayar atau kena dibayar oleh pengguna bagi barang itu.

(2)

Sebagai tambahan kepada remedi di bawah subseksyen (1), pengguna boleh mendapatkan ganti rugi daripada pembekal bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna, selain kerugian atau kerosakan oleh sebab penurunan nilai barang itu yang terbukti sebagai hasil atau akibat daripada kegagalan itu.

(3)

Jika pembekal enggan atau abai untuk membetulkan kegagalan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(a), atau enggan atau abai untuk berbuat demikian dalam masa yang munasabah, pengguna boleh—

(a)

membetulkan kegagalan itu di tempat lain dan mendapatkan semua kos munasabah yang ditanggung dalam membetulkan kegagalan itu daripada pembekal itu; atau

(b)

tertakluk pada seksyen 43, menolak barang itu mengikut seksyen 45.

Memenuhi kehendak supaya membetulkan kegagalan