Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(a)
hak itu tidak digunakan dalam masa yang munasabah;
(b)
barang itu telah dilupuskan oleh pengguna;
(c)
barang itu telah hilang atau musnah semasa dalam milikan seseorang selain pembekal;
(d)
barang itu telah rosak selepas dihantarserahkan kepada pengguna atas sebab-sebab yang tidak berhubungan dengan keadaan atau sifatnya semasa dibekalkan; atau
(e)
barang itu telah dipasang pada atau digabungkan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan barang itu tidak dapat dipisahkan atau diasingkan tanpa merosakkannya.
WJW21/1045 Akta 599.indd 74 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 75
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(a), “masa yang munasabah”
ertinya suatu tempoh dari masa pembekalan barang yang dalam tempoh itu adalah munasabah untuk menjangkakan kecacatan itu akan menjadi ketara dengan mengambil kira—
(a)
jenis barang itu;
(b)
kegunaan yang untuknya pengguna mungkin menggunakan barang itu;
(c)
jangka masa yang munasabah bagi barang itu digunakan;
dan
(d)
banyaknya penggunaan yang munasabah bagi barang itu sebelum kecacatan itu menjadi ketara.
Kegagalan yang bersifat substansial