Malaysia legislation

Section 45

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 45

(2)

Jika pengguna menggunakan hak untuk menolak barang, pengguna hendaklah memulangkan barang yang ditolak itu kepada pembekal melainkan jika—

(a)

oleh sebab—

(i)

sifat kegagalan untuk mematuhi gerenti yang berkenaan dengannya pengguna mempunyai hak untuk menolak barang itu; atau

(ii)

saiz atau ketinggian atau cara pemasangannya, barang itu tidak dapat dipulangkan atau dipindahkan atau diangkut tanpa kos yang banyak kepada pengguna, dan dalam hal itu pembekal hendaklah mengambil barang itu dengan perbelanjaannya sendiri;

(b)

oleh sebab cara pemasangannya barang itu tidak dapat dipulangkan atau dipindahkan tanpa kerosakan yang banyak kepada harta tak alih atau harta alih yang kepadanya barang itu dipasangkan, dan dalam hal itu pembekal hendaklah mengganti rugi pengguna bagi apa-apa kerugian atau kerosakan akibat atau hasil daripada pemindahan itu; atau

(c)

barang itu sudah pun dipulangkan kepada, atau diambil semula oleh, pembekal.

WJW21/1045 Akta 599.indd 76 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 77

(3)

Jika pemunyaan barang itu telah berpindah kepada pengguna sebelum pengguna menggunakan hak penolakan, pemunyaan dalam barang itu terletak hak semula pada pembekal dengan pemberitahuan penolakan itu.

Pilihan pengguna untuk mendapat bayaran balik atau gantian

Section 45 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my