Malaysia legislation

Section 51

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 51

Walau apa pun seksyen 50, maka tidaklah ada hak tebus rugi terhadap pengilang di bawah Akta ini berkenaan dengan barang yang gagal untuk mematuhi gerenti tersirat di bawah seksyen 32

atau 34 jika kegagalan itu disebabkan oleh—

(a)

sesuatu perbuatan, keingkaran atau peninggalan, atau apa-apa representasi yang dibuat oleh, seseorang selain pengilang; atau

(b)

sesuatu sebab di luar kawalan manusia, yang berlaku selepas barang itu tidak lagi di bawah kawalan pengilang.

Pilihan terhadap pengilang jika barang tidak mematuhi gerenti