Malaysia legislation

Section 52

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 52

(a)

bagi apa-apa penurunan nilai barang itu hasil daripada kegagalan pengilang, iaitu—

(i)

penurunan ke bawah harga yang dibayar atau kena dibayar oleh pengguna bagi barang itu; atau

WJW21/1045 Akta 599.indd 80 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 81

(ii)

penurunan ke bawah harga purata runcit bagi barang itu pada masa pembekalan, mengikut mana-mana harga yang lebih rendah;

(b)

bagi apa-apa kerugian atau kerosakan kepada pengguna itu hasil daripada kegagalan pengilang, selain kerugian atau kerosakan oleh sebab penurunan nilai barang, yang terbukti sebagai hasil atau kesan daripada kegagalan itu.

(2)

Jika pengguna adalah berhak melalui gerenti nyata yang diberikan oleh pengilang untuk menghendaki pengilang itu membetulkan kegagalan itu dengan—

(a)

membaiki barang itu; atau

(b)

menggantikan barang itu dengan barang yang serupa jenisnya, tiada tindakan boleh dimulakan di bawah perenggan (1)(a)

melainkan jika pengguna itu telah menghendaki pengilang supaya membetulkan kegagalan itu dan pengilang telah enggan atau abai untuk membetulkan kegagalan itu, atau telah tidak berjaya untuk membetulkan kegagalan itu, dalam masa yang munasabah.

Section 52 — CONSUMER PROTECTION ACT 1999 | mylaw.my