Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
Kekecualian kepada hak untuk tebus rugi terhadap pembekal berhubung dengan perkhidmatan
Walau apa pun seksyen 57, maka tidaklah ada hak tebus rugi terhadap pembekal di bawah Akta ini berkenaan dengan kegagalan perkhidmatan atau apa-apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu untuk mematuhi gerenti tersirat di bawah seksyen 54 atau 55
jika kegagalan itu disebabkan oleh—
(a)
sesuatu perbuatan, keingkaran atau peninggalan, atau apa-apa representasi yang dibuat oleh, seseorang selain pembekal; atau
(b)
suatu sebab di luar kawalan manusia.
Kontrak kerja dan bahan