Malaysia legislation

Section 68

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 68

(a)

pengeluar keluaran itu;

(b)

orang yang, dengan meletakkan namanya pada keluaran itu atau menggunakan suatu cap dagangan atau cap pembeza lain berhubung dengan keluaran itu, telah mengemukakan dirinya sebagai pengeluar keluaran itu; dan

(c)

orang yang dalam perjalanan perniagaannya telah mengimport keluaran itu ke dalam Malaysia untuk membekalkannya kepada orang lain.

(2)

Jika kerosakan itu disebabkan keseluruhannya atau sebahagiannya oleh kecacatan pada sesuatu keluaran, orang yang menanggung kerosakan itu boleh dalam tempoh yang munasabah selepas kerosakan itu berlaku meminta pembekal supaya mengenal pasti mana-mana atau semua orang yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada dia atau mereka masih wujud atau tidak.

WJW21/1045 Akta 599.indd 92 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 93

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), tidaklah penting sama ada pembekal membekalkan keluaran yang cacat itu kepada—

(a)

orang yang menanggung kerosakan itu;

(b)

pengeluar sesuatu keluaran yang mengandungi keluaran yang cacat itu; atau

(c)

mana-mana orang lain.

(4)

Jika pembekal gagal untuk menunaikan permintaan di bawah subseksyen (2) dalam masa yang munasabah dengan mengambil kira semua hal keadaan, pembekal hendaklah menanggung liabiliti bagi kerugian atau kerosakan itu.

(5)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi seseorang berkenaan dengan apa-apa kecacatan dalam hasil pertanian jika satu-satunya pembekalan hasil pertanian oleh orang itu kepada orang lain dibuat pada masa hasil pertanian itu belum lagi menjalani apa-apa proses industri.

(6)

Jika dua orang atau lebih menanggung liabiliti di bawah

Bahagian ini bagi kerosakan yang sama, liabiliti mereka hendaklah bersesama dan berasingan.

(7)

Seksyen ini tidaklah menjejaskan apa-apa liabiliti yang berbangkit selain yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini.

(8)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan bahawa tiada prosiding boleh dibawa di hadapan

Tribunal atau mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa kecacatan pada apa-apa barang selepas tamat apa-apa tempoh yang dikira dari tarikh pengilangan barang itu atau kelas atau kumpulan barang sedemikian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; dan apabila perisytiharan itu dibuat, tiada prosiding boleh dibawa berkenaan dengan kecacatan itu di hadapan Tribunal atau mana-mana mahkamah.

WJW21/1045 Akta 599.indd 93 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 94

Akta 599

Takat liabiliti bagi kerugian atau kerosakan