Malaysia legislation
Section 72
Seksyen 72
Pembelaan
(a)
bahawa kecacatan itu adalah disebabkan oleh pematuhan mana-mana kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(b)
bahawa dia tidak pada bila-bila masa membekalkan keluaran yang cacat itu kepada orang lain;
(c)
bahawa kecacatan itu tidak wujud pada keluaran itu pada masa yang berkaitan;
(d)
bahawa tahap pengetahuan saintifik dan teknikal pada masa yang berkaitan itu tidaklah sedemikian rupa sehingga pengeluar keluaran sama perihalnya dengan keluaran yang berkenaan itu dapat dengan munasabah dijangkakan akan mengesan kecacatan itu jika kecacatan itu wujud pada keluarannya semasa keluaran itu di bawah kawalannya;
atau
WJW21/1045 Akta 599.indd 96 18/03/2022 6:41 PM
Perlindungan Pengguna 97
(e)
bahawa kecacatan itu—
(i)
ialah suatu kecacatan pada sesuatu keluaran yang terkandung dalamnya keluaran yang berkenaan
(“keluaran yang berikutnya”); dan
(ii)
disebabkan pada keseluruhannya oleh—
(A)
reka bentuk keluaran yang berikutnya; atau
(B)
pematuhan arahan yang diberikan oleh pengeluar keluaran yang berikutnya oleh pengeluar keluaran yang berkenaan.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), “masa yang berkaitan”—
(a)
berhubung dengan elektrik, ertinya masa elektrik itu dijanakan, iaitu masa sebelum elektrik itu dihantar atau diagihkan; dan
(b)
berhubung dengan apa-apa keluaran lain, ertinya—
(i)
jika seksyen 68 terpakai, masa pengeluar membekalkan keluaran itu kepada orang lain;
dan
(ii)
jika seksyen 68 tidak terpakai, masa keluaran itu terakhir dibekalkan oleh seseorang yang baginya seksyen 68 terpakai kepada orang lain.