Malaysia legislation

Section 84

of AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999

Seksyen 84

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat berkenaan dengan

Bahagian ini.

Bahagian XIa

Jawatankuasa Pengiklanan 84a.  Menteri boleh menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pengiklanan yang hendaklah mempunyai fungsi-fungsi yang berikut:

(a)

untuk menasihati Menteri dalam mana-mana aspek berhubung dengan pengiklanan, termasuk iklan yang bertentangan dengan Bahagian II Akta ini;

(b)

untuk meneliti aduan berhubung dengan iklan;

(c)

untuk mengeluarkan atau menerbitkan maklumat berkaitan sifat dan ciri-ciri barang-barang atau perkhidmatan yang boleh menjejaskan hak atau menyebabkan kerosakan kepada pengguna; dan

WJW21/1045 Akta 599.indd 101 18/03/2022 6:41 PM

Undang-Undang Malaysia 102

Akta 599

(d)

untuk melaksanakan apa-apa perkara lain yang difikirkan patut olehnya dalam melaksanakan fungsi-fungsinya secara yang lebih berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya.

Keanggotaan Jawatankuasa Pengiklanan 84b.  (1)  Jawatankuasa Pengiklanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Setiausaha bagi Kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengguna atau wakilnya; dan

(b)

tidak kurang daripada tujuh orang dan tidak lebih daripada tiga belas orang lain, yang mewakili kepentingan pengguna, dan mana-mana orang lain, sebagaimana yang difikirkan layak oleh Menteri.

(2)

Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(b)—

(a)

hendaklah dilantik oleh Menteri bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun; dan

(b)

adalah layak untuk dilantik semula selepas tamat tempoh jawatannya.

(3)

Menteri hendaklah melantik daripada kalangan anggota

Jawatankuasa Pengiklanan seorang Pengerusi dan Timbalan

Pengerusi.

Peruntukan Jadual terpakai bagi Jawatankuasa Pengiklanan 84c.  (1)  Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi anggota

Jawatankuasa Pengiklanan.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda peruntukan Jadual.

WJW21/1045 Akta 599.indd 102 18/03/2022 6:41 PM

Perlindungan Pengguna 103

Peraturan-peraturan yang berhubungan dengan Jawatankuasa

Pengiklanan 84d.  Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang difikirkan perlu atau suai manfaat olehnya bagi maksud memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Bahagian ini.