Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PELANTAR BENUA 1966

Seksyen 4

(2)

Bagi maksud subseksyen-subseksyen yang berikut, ungkapan "galian" hendaklah diertikan sebagai galian selain daripada petroleum.

(3)

Tiada sesiapa pun boleh menjelajah, mencarigali atau menggerek atau menjalankan apa-apa operasi bagi mendapatkan galian dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua kecuali menurut lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen-subseksyen yang berikut.

(4)

Menteri boleh dari semasa ke semasa, apabila permohonan dibuat bagi maksud itu, memberi kepada mana-mana orang lesen membenarkan orang itu menjelajah, mencarigali, menggerek dan melombong dan menjalankan operasi bagi mendapatkan galian dari jenis yang tertentu dalam mana-mana kawasan tertentu pelantar benua itu.

(5)

Tiap-tiap permohonan untuk lesen dan tiap-tiap lesen yang diberi di bawah subseksyen (4) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan tertakluk kepada bayaran apa-apa fee dan bayaran-bayaran lain sebagaimana ditetapkan oleh Menteri dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang pada pendapat Menteri, apabila memberikan lesen itu, patut dikenakan dalam hal keadaan tiap-tiap permohonan, yang meliputi, tetapi tanpa menghadkan keluasan makna peruntukan-peruntukan terdahulu seksyen ini, syarat yang menghendaki pemegang lesen itu—

(a)

mematuhi apa-apa syarat berhubungan dengan keselamatan sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu; dan

(b)

membayar kepada Kerajaan Persekutuan apa-apa royalti sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu berkenaan dengan apa-apa galian yang didapati oleh pemegang lesen itu dari pelantar benua.

(6)

Pemberian lesen di bawah subseksyen (4) hendak-lah dalam tiap-tiap hal mengikut budi bicara mutlak Menteri dan seberapa banyak lesen boleh diberikan kepada orang yang sama; dan tiap-tiap lesen boleh diberi sedemikian supaya hak di bawahnya akan dinik-mati oleh pemegang lesen itu bersama dengan pemegang-pemegang lesen lain yang kepada mereka lesen di bawah subseksyen (4) telah diberi atau akan diberi kemudiannya.

(7)

Mana-mana orang yang menjelajah, mencarigali, menggerek atau melombong, atau menjalankan operasi bagi mendapatkan apa-apa galian dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua melainkan menurut kuasa lesen di bawah subseksyen (4) dan menurut syarat-syarat lesen itu (bukannya sesuatu syarat berhubungan dengan pembayaran royalti kepada Kerajaan Persekutuan) adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau keduaduanya; dan semua jentera, perkakas, loji, bangunan dan harta lain bersama-sama dengan apa-apa galian atau keluaran lain yang mungkin dijumpai pada atau yang dibuktikan sebagai telah didapati dari kawasan pelantar benua yang dijelajahi, dicarigali atau dilombongi dengan menyalahi undang-undang itu boleh dilucuthak.

Section 4 — CONTINENTAL SHELF ACT 1966 | mylaw.my