Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PELANTAR BENUA 1966

Seksyen 5

(a)

tiap-tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlaku pada atau di bawah atau di atas, atau di dalam mana-mana perairan di dalam kawasan lima ratus meter dari apa-apa pepasangan atau alat (sama ada sementara atau tetap) yang dibina, ditegakkan, ditempatkan atau digunakan dalam, pada, atau di atas pelantar benua berkaitan dengan penjelajahan pelantar benua itu atau eksploitasi sumber alamnya hendaklah disifatkan sebagai berlaku di Malaysia; dan

(b)

tiap-tiap pepasangan atau alat dan mana-mana perairan di dalam kawasan lima ratus meter dari sesuatu pepasangan atau alat yang tersebut dahulu hendaklah disifatkan sebagai terletak di Malaysia, dan bagi maksud bidang kuasa hendaklah disifatkan sebagai terletak di bahagian Malaysia yang lebih daripada tikas air tinggi pada pasang perbani biasa yang hampir sekali dengan pepasangan atau alat itu; dan

(c)

tiap-tiap mahkamah di Malaysia yang akan mempunyai bidang kuasa (sama ada sivil atau jenayah) berkenaan dengan perbuatan atau ketinggalan itu jika ianya berlaku di Malaysia hendaklah mempunyai bidang kuasa yang sewajarnya; dan

(d)

tiap-tiap kuasa menangkap atau memasuki atau menggeledah atau merampas atau kuasa lain yang boleh dijalankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis (sama ada dikanunkan sebelum atau selepas Akta ini diluluskan) berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan atau perbuatan atau ketinggalan yang disyaki jika ia telah berlaku atau disyaki sebagai telah berlaku di Malaysia boleh dijalankan ke atas atau berkenaan dengan apa-apa pepasangan atau alat atau mana-mana perairan di dalam kawasan lima ratus meter daripadanya seolah-olah pepasangan atau alat atau perairan itu berada di Malaysia; dan

(e)

tanpa menyentuh peruntukan-peruntukan Akta Kastam 1967, tiap-tiap pepasangan atau alat, dan apa-apa bahan atau bahagian yang digunakan dalam pembinaan sesuatu pepasangan atau alat, yang dibawa ke dalam perairan di atas pelantar benua dari bahagian laut yang lebih jauh lagi hendaklah disifatkan sebagai telah diimport pada masa pepasangan atau alat itu dibina, ditegakkan, atau ditempatkan dalam, pada, atau di atas pelantar benua berkaitan dengan penjelajahan pelantar benua itu atau eksploitasi sumber alamnya.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa, dengan perintah—

(a)

mengubahsuai atau mengecualikan manamana peruntukan mana-mana undang-undang bertulis (sama ada dikanunkan sebelum atau selepas Akta ini diluluskan) setakat mana yang perlu bagi maksud memberi kuatkuasa yang penuh kepada subseksyen (1);

(b)

mengisytiharkan bahawa peruntukan manamana undang-undang bertulis (sama ada dikanunkan sebelum atau selepas Akta ini diluluskan), dengan apa-apa pengubahsuaian atau pengecualian yang difikirkannya patut, adalah terpakai berkenaan dengan pelantar benua atau mana-mana bahagiannya yang tertentu, atau terhadap perbuatan atau keting-galan yang berlaku dalam, pada, atau di atas pelantar benua atau mana-mana bahagiannya yang tertentu, berkaitan dengan penjelajahan pelantar benua atau bahagian itu atau eksploitasi sumber alamnya, dan sesudah itu peruntukan undang-undang bertulis itu, dengan pengubahsuaian dan pengecualian tersebut, adalah terpakai seolah-olah pelantar benua atau bahagiannya itu berada dalam Malaysia.

(3)

Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghadkan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan liabiliti seseorang berkenaan dengan perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan di luar Malaysia atau bidang kuasa mana-mana mah-kamah di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu.

(4)

Walau apa pun yang terkandung dalam manamana undang-undang bertulis lain, prosiding bagi perbicaraan dan hukuman ke atas mana-mana orang yang dipertuduh melakukan sesuatu kesalahan berkenaan dengannya mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa hanya menurut kuasa seksyen ini sahaja tidak boleh dimulakan di mana-mana mahkamah kecuali dengan izin Pendakwa Raya:

Dengan syarat bahawa seseorang yang dipertuduh sedemikian boleh ditangkap atau suatu waran bagi menangkapnya boleh dikeluarkan dan dilaksanakan, dan mana-mana orang itu boleh ditahan dalam jagaan atau dibebaskan atas jaminan, walaupun izin Pendakwa Raya bagi memulakan pendakwaan bagi kesalahan itu belum lagi diperolehi, tetapi kes itu tidak boleh didakwa selanjutnya sehingga izin itu telah diperolehi.

(5)

Dalam seksyen ini istilah "alat" meliputi manamana kapal, pelantar terapung, atau pesawat udara yang digunakan berkaitan dengan apa-apa pepasangan atau alat.