Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
mengawal pembinaan, penegakan, atau penggunaan pepasangan atau alat dalam, pada, atau di atas pelantar benua, atau mana-mana bahagiannya yang tertentu, yang berkaitan dengan penjelajahan pelantar benua atau bahagiannya itu atau eksploitasi sumber alamnya;
(b)
melarang pembinaan, penegakan, penempatan, atau penggunaan pepasangan atau alat dalam, pada, atau di atas pelantar benua di tempat di mana ia boleh menyebabkan gangguan terhadap penggunaan alur laut yang diiktiraf yang perlu bagi pelayaran sepanjang pantai atau pelayaran antarabangsa;
(c)
mengadakan zon keselamatan, yang meluas ke suatu jarak tidak lebih daripada lima ratus meter diukur daripada tiap-tiap hujung pinggir luar pepasangan atau alat, di sekeliling manamana pepasangan atau alat itu dalam, pada, atau di atas pelantar benua itu;
(d)
menetapkan apa-apa tindakan yang difikirkannya perlu dalam mana-mana zon keselamatanitu bagi melindungi pepasangan atau alat yang berkenaan dengannya zon keselamatan itu diadakan;
PELANTAR BENUA
(e)
mengawal atau melarang kemasukan kapal ke dalam mana-mana zon keselamatan itu;
(f)
menetapkan tindakan yang akan diambil dalam mana-mana zon keselamatan itu bagi melindungi sumber hidupan laut dan sumber alam pelantar benua daripada agen yang merosakkan;
(g)
menetapkan notis yang akan diberi mengenai pembinaan, penegakan, atau penempatan pepasangan atau alat dalam, pada, atau di atas pelantar benua;
(h)
menetapkan alat yang tetap yang akan dipasang bagi maksud memberi amaran kepada perkapalan atau pesawat udara tentang adanya pepasangan atau alat dalam, pada, atau di atas pelantar benua;
(i)
memperuntukkan bagi pemindahan pepasangan atau alat yang dibina, ditegakkan, atau ditempatkan dalam, pada, atau di atas pelantar benua yang ditinggalkan atau tidak digunakan;
(j)
melarang atau menyekat apa-apa penjelajahan pelantar benua atau mana-mana bahagiannya yang tertentu atau apa-apa eksploitasi sumber alamnya yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong boleh mengakibatkan apa-apa gangguan yang tidak berjustifikasi terhadap pelayaran, penangkapan ikan, atau pemeliharaan sumber hidupan laut, atau yang boleh menjejas pertahanan negara atau penyelidikan oseanografi atau penyelidikan sains lain atau kabel atau saluran paip bawah laut;
(k)
memperuntukkan apa-apa perkara yang perlu bagi kuatkuasa sepenuhnya Akta ini dan bagi pentadbiran wajarnya; dan
(l)
menetapkan penalti yang tidak lebih daripada lima ribu ringgit kerana melanggar peraturan-peraturan.
(2)
Dalam seksyen ini istilah "pelantar benua" meliputi dasar laut dan tanah bawah bagi kawasan bawah laut dalam had perairan wilayah bagi Negeri-Negeri:
Dengan syarat bahawa tiada apa pun dalam seksyen ini boleh menyentuh hak dan kuasa Pihak Berkuasa Negeri di bawah undang-undang tanah berkenaan atau mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan kawasan dalam had perairan wilayah Negeri itu.