Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Menteri hendaklah membuat peraturan-peraturan menetapkan apa-apa perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini dan boleh membuat peraturan-peraturan memperluas pemakaian Akta ini mengenai mana-mana atau semua karya yang dirujuk dalam seksyen-kecil (1) seksyen 4 Akta ini—
(a)
bagi tiap-tiap orang warganegara atau orangorang yang tinggal tetap dalam,
(b)
bagi pertubuhan-pertubuhan yang diperbadankan yang didiri dan ditubuhkan dalam atau di bawah undang-undang,
(c)
bagi karya-karya, lain daripada rakaman-rakaman bunyi dan siaran-siaran, yang diterbitkan pertama kali dalam,
(d)
bagi karya-karya senibina yang dibina dalam, dan bagi karya-karya seni lain yang dimasukkan dalam sesebuah bangunan yang terletak dalam,
(e)
bagi rakaman-rakaman bunyi yang dibuat dalam,
(f)
siaran-siaran yang dipancarkan dari, sesuatu negeri yang menjadi suatu pihak dalam sesuatu teriti atau suatu anggota dalam sesuatu konvensyen atau kesatuan yang Malaysia juga adalah menjadi suatu pihak atau suatu anggotanya, mengikut mana yang berkenaan, dan teriti, konvensyen atau kesatuan itu mengadakan perlindungan bagi hakcipta mengenai karya-karya yang diperlindungi di bawah Akta ini.