Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Kuasa hak cipta mengenai karya seni bina
Hak cipta mengenai sesuatu karya seni bina adalah juga termasuk hak eksklusif untuk mengawal pembinaan apa-apa bangunan yang mengeluarkan semula keseluruhan atau sebahagian besar karya itu sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam apa-apa bentuk yang boleh dikenal sebagai diambil daripada yang asalnya:
Dengan syarat bahawa hak cipta dalam mana-mana karya itu tidaklah termasuk hak untuk mengawal pembinaan semula atau pemulihan sesuatu bangunan yang berkenaan dengan hak cipta itu mengikut stailnya yang asal.
36
Undang-Undang Malaysia