Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Hak moral
(2)
Tertakluk pada seksyen ini, apabila hak cipta wujud dalam sesuatu karya, tiada seorang pun boleh, tanpa persetujuan penciptanya, atau, selepas kematian pencipta, wakil dirinya, melakukan atau membenarkan perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut:
(a)
penyampaian karya itu dengan apa cara sekalipun, tanpa mengenal pasti pencipta atau di bawah suatu nama selain daripada nama pencipta karya itu; dan
(b)
perosakan, pencacatan atau pengubahsuaian yang lain akan karya itu jika perosakan, pencacatan atau pengubahsuaian itu—
(i)
mengubah dengan jelas karya itu; dan
(ii)
sedemikian rupa yang dengan munasabahnya boleh dianggap sebagai memudaratkan kehormatan atau reputasi pencipta.
(3)
Jika seseorang telah dibenarkan, sama ada oleh sebab sesuatu serah hak, lesen atau selainnya, untuk menerbitkan, mengeluar semula, melakukan di hadapan awam atau menyampaikan kepada orang awam
44
Undang-Undang Malaysia sesuatu karya, orang itu boleh melakukan ubah suaian ke atas karya itu jika adalah munasabah untuk menjangkakan yang penerbitan, pengeluaran semula, pertunjukan awam atau penyampaian kepada orang awam yang dibenarkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh dilakukan tanpa ubah suaian itu, tetapi tiada apa jua pun dalam subseksyen ini boleh membenarkan suatu ubah suaian ke atas karya yang akan menjadi pelanggaran terhadap subseksyen (2).
(3A)
Jika suatu karya diubah suai ke dalam salinan format boleh akses oleh entiti yang diberi kuasa, orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, ubah suaian itu tidak menjadi pelanggaran kepada subseksyen (2) jika ubah suaian itu perlu untuk menjadikan karya itu dalam suatu salinan format boleh akses.
(4)
Pencipta atau, selepas kematiannya, wakil dirinya, boleh menggunakan hak yang diberikan oleh seksyen ini walaupun pada masa aduan terhadap perbuatan itu dibuat, hak cipta ke atas karya itu tidak terletak hak pada pencipta atau wakil diri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(5)
Apa-apa pelanggaran atau pelanggaran yang mungkin berlaku terhadap seksyen ini berkenaan dengan sesuatu karya bolehlah diambil tindakan atas guaman pencipta karya itu atau, jika dia mati, atas guaman wakil dirinya, sebagai pelanggaran terhadap kewajipan statutori.
(6)
Apa-apa ganti rugi yang didapati di bawah seksyen ini oleh seorang wakil diri berkenaan dengan suatu pelanggaran yang dilakukan berhubungan dengan suatu karya selepas kematian pencipta karya itu hendaklah turun sebagai sebahagian daripada estet pencipta, seolah-olah hak bertindak telah wujud dan terletak hak ke atasnya sebaik sahaja sebelum kematiannya.
(7)
Jika dalam sesuatu tindakan yang dibawa di bawah seksyen ini suatu pelanggaran terhadap sekatan yang dikenakan oleh seksyen ini dibuktikan atau diakui, mahkamah boleh memerintahkan pesalah supaya menyiarkan apa-apa pembetulan mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.
(8)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengurangkan sesuatu hak bertindak atau remedi lain (sama ada sivil atau jenayah)
Hak Cipta 45
dalam prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini;
tetapi subseksyen ini tidaklah boleh ditafsirkan sebagai menghendaki supaya apa-apa ganti rugi yang didapati oleh sebab seksyen ini tidak dimasuk kira dalam mentaksir ganti rugi dalam mana-mana prosiding yang dimulakan melainkan dengan sebab seksyen ini dan yang timbul daripada transaksi yang sama.
Hak moral pelaku