Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
(1A)
Seseorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang memasuki mana-mana rumah atau premis menurut kuasa subseksyen (1) boleh membawa dengannya orang lain dan kelengkapan sebagaimana yang didapatinya perlu; dan apabila meninggalkan mana-mana rumah atau premis yang dia telah masuki dia hendaklah, jika rumah atau premis tidak diduduki atau penghuni tiada buat sementara, meninggalkan rumah atau premis itu dengan berkesannya terselamat daripada penceroboh sebagaimana keadaan rumah atau premis itu semasa dia menjumpainya.
(2)
Seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang membuat carian itu boleh menyita apa-apa salinan langgaran, salinan yang disyaki adalah salinan langgaran, perekaan yang digunakan atau dicadang untuk digunakan bagi membuat salinan langgaran atau boleh digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran, atau apa-apa artikel, kenderaan, buku atau dokumen lain dan jika mana-mana salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen itu disita, dia hendaklah mengemukakannya di hadapan majistret, dan apabila dikemukakan
Hak Cipta 103
majistret hendaklah mengarahkan supaya ia disimpan dalam jagaan
Pengawal atau Penolong Pengawal atau polis bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa jika, atas apa-apa penyitaan sedemikian, apa-apa salinan, perekaan, artikel, kenderaan, buku atau dokumen tersebut adalah disimpan dalam jagaan Pengawal atau Penolong
Pengawal atau polis dan jika ia didapati, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, bahawa adalah tidak praktik untuk mengemukakannya di hadapan majistret, maka adalah mencukupi bagi maksud subseksyen ini bagi penyitaan itu dilaporkan kepada majistret.
(3)
Jika ia didapati, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, bahawa adalah tidak praktik untuk memindahkan dari tempat ia telah dijumpai benda atau dokumen itu yang disita oleh seorang Penolong Pengawal atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor dan Penolong Pengawal atau pegawai polis itu telah mengelakkan benda atau dokumen itu dalam premis atau bekas yang didalamnya ia dijumpai menurut peruntukan seksyen 47, maka adalah mencukupi bagi maksud mengemukakan benda atau dokumen tersebut di hadapan majistret di bawah subseksyen (2) bagi penyitaan itu dilaporkan kepada majistret atau bagi majistret melihat benda atau dokumen tersebut di dalam premis atau bekas itu.
Melangsungkan kemasukan, pemindahan dan penahanan