Malaysia legislation
Section 54
Seksyen 54
Perampasan artikel
(2)
Mahkamah yang membicarakan mana-mana orang yang dituduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh apabila selesai perbicaraan itu, sama ada pesalah yang dituduh itu telah disabitkan atau tidak, memerintah supaya apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita daripada orang itu dilupuskan, atau dalam hal salinan langgaran, diserahkan kepada pemunya hak cipta yang pertama, pemegang serah hak atau pemegang lesen eksklusif, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Jika tiada apa-apa pendakwaan mengenai apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita semasa kuasa yang diberi di bawah Akta ini dijalankan, artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu hendaklah dikira dan disifatkan sebagai telah dirampas apabila tamatnya satu bulan kalendar dari tarikh ia disita, melainkan suatu tuntutan telah dibuat sebelum tarikh tersebut mengikut cara yang dinyatakan kemudian daripada ini.
(4)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang telah disita di bawah Akta ini dan artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu tidak boleh dirampas bolehlah dengan sendirinya atau melalui ejennya yang dibenarkan secara bertulis olehnya, memberi notis kepada Penolong Pengawal mengenai tuntutannya itu.
Hak Cipta 115
(5)
Apabila Penolong Pengawal menerima notis di bawah subseksyen (4), dia hendaklah merujuk notis itu kepada Pengawal yang boleh, setelah menjalankan siasatan yang difikirkannya perlu, mengarah artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut dilepaskan atau dirampas atau merujukkan perkara itu kepada mahkamah untuk diputuskan.
(6)
Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujuk hendaklah mengeluarkan saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut dan kepada orang yang daripadanya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut telah disita untuk menghadirkan diri di hadapan mahkamah dan apabila dia memasukkan kehadirannya ataupun ingkar untuk memasukkan kehadirannya yang mana telah terbukti bahawa saman dihantar sewajarnya, mahkamah hendaklah meneruskan pemeriksaan mengenai perkara itu dan apabila terbukti sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya dan artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan tersebut adalah perkara atau telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, hendaklah mengarah supaya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu dirampas atau boleh, jika ketiadaan bukti tersebut, mengarah supaya artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan itu dilepaskan kepada yang berhak kepadanya.
(7)
Apa-apa artikel, kenderaan, buku, dokumen, salinan atau perekaan yang dirampas atau disifatkan telah dirampas hendaklah diserahkan kepada Pengawal yang hendaklah melupuskannya mengikut cara yang difikirkannya patut atau menyerahkannya kepada pemunya hak cipta yang pertama, pemegang serah hak atau pemegang lesen eksklusif, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pemeriksaan berkadar artikel telah disita diterima