Malaysia legislation

Section 11

of AKTA KAUNSELOR 1998

Seksyen 11

Maka ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan yang hendaklah dikenali sebagai “Lembaga Kaunselor” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada

Lembaga, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.