Malaysia legislation

Section 12

of AKTA KAUNSELOR 1998

Seksyen 12

Fungsi Lembaga

(a)

menyelia pemberian perkhidmatan kaunseling;

(b)

menilai keperluan bagi perkhidmatan kaunseling di

Malaysia;

(c)

mengawal selia latihan kaunselor dan menentukan jenis dan tahap kaunseling yang akan diadakan di Malaysia;

(d)

menentukan kelayakan yang melayakkan seseorang untuk didaftarkan di bawah Akta ini;

(e)

menentukan standard program latihan kaunseling;

(f)

membuat syor kepada Kerajaan berhubung dengan standard perkhidmatan kaunseling;

Kaunselor 13

(g)

mendaftarkan kaunselor yang berkelayakan;

(h)

mengawal selia fi yang boleh dikenakan oleh kaunselor berdaftar bagi perkhidmatan kaunselingnya;

(i)

melantik anggota Lembaga untuk menganggotai mana-mana lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud yang menyentuh profesion kaunseling;

(j)

mengawal selia tatalaku profesion kaunseling, termasuklah menetapkan kod etika bagi profesion kaunseling; dan

(k)

melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsinya dengan berkesan.

Keanggotaan Lembaga