Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KAUNSELOR 1998

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Daftar” ertinya Daftar Kaunselor yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 19;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 580 8

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“institusi pendidikan tinggi” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

[Akta 30], *Akta Universiti Teknologi MARA 1976

[Akta 173] atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

[Akta 555];

“Jawatankuasa Penyiasatan” ertinya Jawatankuasa Penyiasatan yang ditubuhkan di bawah perenggan 36(2)(a);

“Jawatankuasa Tatatertib” ertinya Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan 36(2)(b);

“kaunselor” ertinya seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fi yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain;

“kaunselor berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah seksyen 26 atau 27;

“Lembaga” ertinya Lembaga Kaunselor yang ditubuhkan di bawah seksyen 11;

“Majlis” ertinya Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Kaunselor yang dilantik di bawah subseksyen 18(1);

“kaunseling” ertinya suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien;

“perakuan amalan” ertinya perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(4) atau 28(3), mengikut mana-mana yang berkenaan;

*CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai “Akta Institut Teknologi MARA 1976”–lihat Akta Institut

Teknologi MARA (Pindaan) 2000 [Akta A1073].

Kaunselor 9

“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 26(2) dan termasuklah suatu pendua bagi perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(2);

“perakuan pendaftaran sementara” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(4) dan termasuklah suatu pendua bagi perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(2);

“pertubuhan” ertinya pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta

Pertubuhan 1966 [Akta 335];

“pihak berkuasa tempatan” ertinya pihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];

“Presiden” ertinya Presiden Lembaga Kaunselor;

“profesional kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, ahli psikologi perubatan dan klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan dan mana-mana orang yang terlibat dalam memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah bidang kuasa

Kementerian Kesihatan;

“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Syarikat 1965 [Akta 125].