Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi pengerusi;
(b)
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, yang hendaklah menjadi timbalan pengerusi;
(c)
Presiden Lembaga atau wakilnya;
(d)
Pendaftar, yang hendaklah menjadi setiausaha; dan
(e)
tidak lebih daripada dua puluh lima orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri daripada kategori yang berikut:
(i)
sektor awam;
(ii)
pertubuhan profesional yang ada hubungan dengan profesion kaunseling dan diluluskan oleh Menteri;
(iii)
wakil institusi pendidikan tinggi;
(iv)
pertubuhan bukan kerajaan yang memberikan perkhidmatan kaunseling; dan
(v)
individu yang, disebabkan oleh pengetahuan dan pengalaman mereka, pada pendapat Menteri akan dapat membantu Majlis.
(2)
Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Majlis melainkan jika dia ialah warganegara Malaysia.
Tempoh jawatan