Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28b seksyen yang berikut:
“Kajian semula tamat tempoh 28c. (1) Apabila suatu pihak berkepentingan mengemukakan suatu petisyen kepada Kerajaan atau Kerajaan dengan selainnya mendapat apa-apa maklumat, yang menyokong keperluan suatu kajian semula tamat tempoh, Kerajaan hendaklah memeriksa petisyen atau maklumat itu.
(2)
Petisyen yang dikemukakan di bawah subseksyen (1)
hendaklah mengandungi maklumat sedemikian dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa pengenaan berterusan duti anti-lambakan perlu untuk mengimbangi lambakan dan kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah.
(3)
Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen atau maklumat itu untuk menentukan sama ada—
(a)
permulaan suatu kajian semula tamat tempoh adalah wajar; dan
(b)
suatu kajian semula tamat tempoh adalah demi kepentingan awam.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
(4)
Petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak jika Kerajaan berpuas hati bahawa—
(a)
pengenaan berterusan duti anti-lambakan tidak lagi perlu untuk mengimbangi lambakan;
(b)
kemudaratan tidak berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah;
atau
(c)
kajian semula tamat tempoh bukan demi kepentingan awam.
(5)
Jika Kerajaan menolak petisyen di bawah subseksyen (4), Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu secara bertulis pihak berkepentingan yang mengemukakan petisyen di bawah subseksyen (1) mengenai keputusan Kerajaan untuk tidak memulakan kajian semula tamat tempoh.
(6)
Kerajaan boleh memulakan suatu kajian semula tamat tempoh jika Kerajaan berpuas hati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa pengenaan berterusan duti anti-lambakan perlu untuk mengimbangi lambakan dan kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan atau diubah dan kajian semula tamat tempoh hendaklah dimulakan sebelum penamatan duti anti-lambakan yang disebut dalam seksyen 27a.
(7)
Duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah subseksyen 15(1) dan aku janji yang disebut dalam subseksyen 27(1) boleh terus berkuat kuasa sementara menunggu keputusan Kerajaan di bawah seksyen ini.
Penentuan kajian semula 28d. (1) Jika Kerajaan memutuskan untuk menjalankan suatu kajian semula di bawah seksyen 28, 28a, 28b atau 28c,
Kerajaan hendaklah—
(a)
menyiarkan suatu notis mengenai permulaan kajian semula itu; dan
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1778
(b)
menjalankan kajian semula itu dengan membenarkan pihak berkepentingan untuk memberikan apa-apa komen yang berhubungan dengan kajian semula itu.
(2)
Suatu kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 28, 28a, 28b atau 28c hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
(3)
Sebelum kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 28, 28a, 28b atau 28c itu selesai, Kerajaan hendaklah memberitahu semua pihak berkepentingan mengenai fakta penting yang sedang dipertimbangkan yang menjadi asas bagi dapatan dan pihak berkepentingan itu boleh membela kepentingannya.
(4)
Apabila kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 28, 28a, 28b atau 28c itu selesai, Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu notis penentuan dengan menyatakan sebab bagi keputusannya.
(5)
Jika Kerajaan membuat penentuan berhubung dengan seksyen 28 atau 28c dan jika margin lambakan pengeksport atau pengeluar yang pengeksportan dagangan subjeknya telah berubah secara substansial kepada de minimis, duti anti-lambakan kepada pengeksport atau pengeluar yang spesifik boleh tertakluk kepada kajian semula berikutnya oleh Kerajaan.
(6)
Suatu penentuan yang dibuat menurut subseksyen (4)
atau (5) hendaklah terpakai bagi dagangan subjek yang diimport pada atau selepas tarikh penyiaran notis penentuan itu.
(7)
Walau apa pun mana-mana peruntukan lain
Akta ini, suatu kajian semula yang dijalankan menurut seksyen 28, 28a, 28b atau 28c boleh ditamatkan pada bila-bila masa jika—
(a)
pempetisyen menarik balik petisyen;
(b)
terdapatnya perubahan hal keadaan; atau
(c)
Kerajaan menentukan bahawa penamatan kajian semula itu adalah demi kepentingan awam.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
(8)
Jika suatu penamatan bagi kajian semula menurut subseksyen (7) berlaku, Kerajaan hendaklah menyiarkan suatu notis penamatan dengan menyatakan sebab bagi penamatan itu.”.
Pindaan seksyen 30