Malaysia legislation

Section 16

of AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 16

Seksyen 34a Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “sesuatu penentuan muktamad atau sesuatu penentuan kajian semula pentadbiran muktamad di bawah

Akta ini” dengan perkataan “suatu penentuan muktamad menurut subseksyen 10(4) atau 25(4)

atau suatu penentuan kajian semula menurut subseksyen 13d(4) atau 28d(4)”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “Kaedah-Kaedah

Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/1980]”

dengan perkataan “Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

[P.U. (A) 205/2012]”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad yang berkenaan” dengan perkataan

“penentuan muktamad menurut subseksyen 10(4) atau 25(4)

atau suatu penentuan kajian semula menurut subseksyen 13d(4) atau 28d(4)”;

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad yang berkenaan” dengan perkataan

“penentuan muktamad menurut subseksyen 10(4) atau 25(4)

atau suatu penentuan kajian semula menurut subseksyen 13d(4) atau 28d(4)”;

Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a) Pihak berkepentingan yang memfailkan kajian semula kehakiman di bawah subseksyen (1) dan kajian semula kehakiman itu masih belum selesai, tidak boleh meminta untuk suatu kajian semula di bawah seksyen 13, 13a, 13b, 13c, 28, 28a, 28b atau 28c

Akta ini.”; dan

(e)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Aturan 53

subkaedah 1(5) Kaedah-Kaedah Mahkamah

Tinggi 1980” dengan perkataan “Aturan 53

subkaedah 3(5) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “mana-mana penentuan muktamad atau penentuan kajian semula pentadbiran muktamad” dengan perkataan

“Akta ini”.

Pindaan seksyen 37

Section 16 — COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES (AMENDMENT) ACT 2025