Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Seksyen baharu 37a dan 37b
seksyen yang berikut:
“Penyiasatan anti-pemintasan 37a. (1) Apabila suatu pihak berkepentingan mengemukakan suatu petisyen untuk suatu penyiasatan anti-pemintasan kepada
Kerajaan, atau Kerajaan dengan selainnya mendapat apa-apa maklumat berhubung dengan pemintasan, Kerajaan hendaklah memeriksa petisyen atau maklumat itu.
Undang-Undang Malaysia 18
(2)
Petisyen yang dikemukakan di bawah subseksyen (1)
hendaklah mengandungi maklumat sedemikian dan hendaklah termasuk keterangan yang mencukupi mengenai kewujudan pemintasan itu.
(3)
Kerajaan hendaklah, dalam tempoh yang ditetapkan, memeriksa petisyen atau maklumat itu untuk menentukan sama ada untuk memulakan suatu penyiasatan anti-pemintasan.
(4)
Petisyen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditolak jika Kerajaan berpuas hati bahawa—
(a)
tidak ada keterangan yang mencukupi mengenai pemintasan; atau
(b)
penyiasatan anti-pemintasan bukan demi kepentingan awam.
(5)
Jika Kerajaan menolak petisyen di bawah subseksyen (4),
Kerajaan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu secara bertulis pihak berkepentingan yang mengemukakan petisyen di bawah subseksyen (1)
mengenai keputusan Kerajaan untuk tidak memulakan suatu penyiasatan anti-pemintasan.
(6)
Jika keterangan atau maklumat itu mencukupi untuk mewajarkan pemulaan suatu penyiasatan anti-pemintasan atau suatu penyiasatan anti-pemintasan adalah demi kepentingan awam, Kerajaan boleh memulakan suatu penyiasatan anti-pemintasan.
Penentuan anti-pemintasan 37b. (1) Jika Kerajaan memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan anti-pemintasan di bawah seksyen 37a, Kerajaan hendaklah—
(a)
menyiarkan suatu notis permulaan penyiasatan; dan
(b)
menjalankan penyiasatan itu dengan membenarkan pihak berkepentingan untuk memberikan apa-apa komen berhubung dengan penyiasatan itu.
Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan)
(2)
Suatu penyiasatan yang dijalankan menurut seksyen 37a hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
(3)
Sebelum penyiasatan yang dijalankan menurut seksyen 37a itu selesai, Kerajaan hendaklah memberitahu semua pihak berkepentingan mengenai fakta penting yang sedang dipertimbangkan yang menjadi asas bagi dapatan Kerajaan dan pihak berkepentingan itu boleh membela kepentingannya.
(4)
Apabila penyiasatan yang dijalankan menurut seksyen 37a itu selesai, Kerajaan hendaklah menyiarkan melalui suatu notis penentuan dengan menyatakan sebab bagi keputusannya.
(5)
Jika Kerajaan mendapati bahawa pemintasan wujud,
Menteri hendaklah mempunyai kuasa untuk melanjutkan duti timbal balas atau anti-lambakan sedia ada atau mengenakan duti timbal balas atau anti-lambakan ke atas import daripada pengeksport atau pengeluar yang didapati membuat pemintasan.
(6)
Jika Kerajaan berpuas hati bahawa tidak ada keterangan mengenai tindakan pemintasan oleh pengeksport atau pengeluar,
Kerajaan hendaklah menamatkan penyiasatan anti-pemintasan ke atas negara tertentu atau pengeksport atau pengeluar itu.
(7)
Suatu penentuan yang dibuat menurut subseksyen (4)
hendaklah terpakai bagi keluaran serupa dan dagangan subjek yang diimport pada atau selepas tarikh penyiaran notis penentuan itu.”.
Pindaan seksyen 38